Menurut Harvard Business Review, kos untuk mendapatkan pelanggan baru boleh jadi 25 kali lebih mahal daripada mengekalkan pelanggan sedia ada. Kalau difikirkan, memang masuk akal – pelanggan tetap bukan sahaja lebih mudah untuk berulang kali membeli, tapi mereka juga lebih senang terpengaruh dengan promosi anda. Malah, mereka akan berkongsi pengalaman positif mereka dengan rakan-rakan dan keluarga, secara tak langsung membantu mempromosikan bisnes anda tanpa anda perlu keluarkan kos tambahan.
Jadi kalau anda masih belum ada sistem kesetiaan pelanggan, sekarang memang waktu terbaik untuk mempertimbangkannya. Dalam artikel ini, kita akan bandingkan dua program loyalty POS yang popular di Malaysia – StoreHub Loyalty dan Mulah Rewards – supaya anda boleh pilih yang paling sesuai untuk bisnes anda.
Apa Itu Mulah Rewards?

Mulah Rewards adalah sistem loyalty program digital yang membolehkan pelanggan kumpul mata ganjaran melalui SMS. Setiap kali mereka buat pembelian, mereka perlu masukkan nombor telefon secara manual untuk kumpul mata, dan boleh tebus ganjaran nanti. Sebagai pemilik bisnes, anda juga boleh hantar SMS follow-up untuk tarik mereka datang kembali ke kedai.
Tapi ada satu cabaran besar – pelanggan kena key-in nombor mereka sendiri setiap kali membeli. Bayangkan kalau kedai anda sibuk, ini boleh jadi satu isu tambahan yang melambatkan proses di kaunter. Selain itu, kalau pelanggan sibuk atau tak berminat nak bagi nombor mereka, anda mungkin akan kehilangan peluang untuk membina database pelanggan dengan lebih efektif.
Apa Itu StoreHub Loyalty?

StoreHub Loyalty pula lebih mudah dan automatik sebab ia dah siap diintegrasikan dengan sistem POS StoreHub. Ini bermaksud pelanggan tak perlu key-in nombor mereka setiap kali beli –sistem ini akan menyimpan rekod pembelian mereka secara automatik, sekaligus mengumpul data pelanggan dengan lebih lancar.
Selain itu, anda boleh set sendiri promosi dan ganjaran mengikut keperluan bisnes – sama ada nak bagi cashback atau store credit. Ini memberi lebih fleksibiliti untuk anda tarik pelanggan kembali.
Salah satu ciri paling menarik dalam StoreHub Loyalty adalah StoreHub Engage–alat pemasaran SMS automatik yang boleh hantar peringatan cashback kepada pelanggan, bagi birthday voucher, tarik semula pelanggan lama, dan kempen SMS. Semuanya boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja, tanpa perlu pening kepala nak fikir tentang pemasaran yang kompleks.
Bezanya dengan Mulah Rewards, StoreHub Loyalty mengumpul data pelanggan secara automatik melalui pesanan dalam talian, QR Order & Pay, dan cashback, tanpa perlu minta pelanggan masukkan nombor telefon mereka setiap kali. Ini bukan sahaja menjimatkan masa pekerja anda, tapi juga memastikan data pelanggan lebih lengkap dan boleh dianalisis dengan mudah dalam satu sistem.
StoreHub Loyalty vs Mulah Rewards: Mana Lebih Berbaloi?
StoreHub Loyalty | Mulah Rewards | |
Fungsi utama | – Pelanggan boleh kumpul cashback atau store credit setiap kali mereka membeli. – Nak tebus ganjaran pun senang, pelanggan cuma perlu guna telefon bimbit mereka. – Pemilik bisnes boleh tetapkan promosi sendiri dengan mudah, ikut keperluan. – Sistem ini bantu anda kumpul data pelanggan supaya anda boleh buat keputusan yang lebih baik untuk bisnes. – Dengan StoreHub Engage, anda boleh hantar SMS automatik untuk tarik pelanggan datang semula. | – Pelanggan boleh kumpul mata ganjaran dengan daftar nombor telefon mereka setiap kali membeli. – Pemilik bisnes boleh hantar SMS secara manual untuk ingatkan pelanggan tentang ganjaran mereka. – Anda akan dapat laporan analisis pelanggan berdasarkan pembelian mereka. |
Harga dan kos langganan | StoreHub Advanced Plan (Sistem POS): RM2,490/setahun *Termasuk StoreHub Loyalty StoreHub Engage: RM990/setahun untuk SMS tanpa had, RM0.15/SMS | – RM4,235/setahun untuk 1,500 SMS percuma – RM0.11 untuk setiap SMS tambahan |
Integrasi dengan sistem POS | Ya | Ya |
Cara mengumpul data customer | QR Order & Pay Takeaway & Pickup Online ordering Cashback | Manual, pelanggan perlu memasukkan nombor telefon mereka selepas setiap pembelian. |
Pengumpulan Data Pelanggan: StoreHub Loyalty vs Mulah Rewards
Data pelanggan adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bisnes. Dengan maklumat ini, anda boleh memahami tingkah laku pelanggan dengan lebih baik serta membuat keputusan yang lebih bijak untuk meningkatkan sales.
Namun, proses mengumpulkan data pelanggan bukanlah sesuatu yang mudah. Staf anda, walaupun sibuk melayan pelanggan, perlu meminta mereka untuk berkongsi maklumat perhubungan atau mendaftar dalam program loyalty. Ada juga pelanggan yang mungkin kurang berminat atau terlalu tergesa-gesa untuk memberikan perhatian sepenuhnya.
StoreHub Loyalty memudahkan proses ini dengan pelbagai cara seperti pesanan dalam talian (online ordering), QR Order & Pay, dan cashback. Tiada lagi keperluan untuk meminta pelanggan memasukkan nombor telefon mereka secara manual. Staf anda boleh memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting, tanpa perlu bersusah payah mengumpulkan data pelanggan secara manual.
Selain itu, semua data ini diselaraskan secara automatik dalam POS StoreHub anda, membolehkan anda mengakses maklumat pelanggan, laporan jualan, dan analitik dalam satu platform sahaja.
Sebaliknya, dengan Mulah, pelanggan masih perlu memasukkan nombor telefon mereka sendiri selepas setiap pembelian. Ini bukan sahaja mengambil masa, tetapi juga menambah beban kerja kepada staf dan mungkin menyebabkan pelanggan berasa kurang selesa.
Membina Kesetiaan Pelanggan: StoreHub Loyalty vs Mulah

Ramai fikir bila pelanggan dah buat pembelian, itu saja – tapi sebenarnya, itulah permulaan hubungan jangka panjang dengan mereka. Kalau anda dapat buat pelanggan rasa dihargai, mereka bukan sahaja akan datang balik, malah mungkin akan jadi pelanggan tetap yang setia.
Dengan StoreHub Loyalty, anda boleh tawarkan program kesetiaan yang senang nak guna dan tebus sebab ia dah siap diintegrasikan dengan sistem POS anda. Anda juga boleh tetapkan sendiri jumlah cashback atau store credit yang nak diberikan kepada pelanggan terus melalui StoreHub BackOffice.
Kadang-kadang, pelanggan mungkin lupa nak tebus ganjaran mereka atau dah lama tak datang ke kedai. Dengan StoreHub Engage, anda boleh hantar SMS automatik yang lebih peribadi dan tersasar untuk ingatkan mereka tentang cashback, promosi khas, atau sekadar ajak mereka datang balik. Tak perlu pening kepala buat kempen pemasaran dari awal – semua dah siap dalam sistem, anda hanya perlu hantar sahaja!
Nak tengok macam mana StoreHub Engage boleh bantu bisnes anda? Tonton video pendek ni:
Yang bestnya, semua ini dah termasuk dalam sistem POS StoreHub – bukan sekadar program kesetiaan, tapi juga alat pemasaran SMS automatik dan lebih dari 30 ciri lain untuk mudahkan urusan perniagaan anda.
Sebaliknya, Mulah hanya fokus pada program kesetiaan sahaja. Kalau anda nak buat pemasaran atau automasi lain, anda kena cari sistem tambahan untuk lengkapkan operasi bisnes anda.
Kalau nak cara lebih mudah dan automatik untuk tarik pelanggan setia, StoreHub Loyalty memang pilihan lebih berbaloi!
Kesimpulan: Mana Satu Lebih Berbaloi untuk Bisnes Anda?
Kalau anda nak sistem yang paling simple untuk bagi ganjaran kepada pelanggan setiap kali mereka beli, Mulah Rewards mungkin cukup untuk anda. Proses ini masih manual, jadi anda mungkin perlu usahakan lebih banyak masa dan tenaga untuk kumpul data pelanggan.
Kalau anda mahukan sistem yang lebih automatik, senang diurus, dan boleh bantu bisnes berkembang, StoreHub Loyalty jauh lebih berbaloi. Dengan integrasi penuh dengan StoreHub POS, anda boleh uruskan kesetiaan pelanggan, data jualan, dan pemasaran SMS dalam satu platform – tanpa perlu cari sistem tambahan lain.
Nak tahu lebih lanjut macam mana StoreHub Loyalty boleh bantu bisnes anda? Jom tempah demo PERCUMA sekarang dan tengok sendiri betapa mudahnya sistem ini berfungsi!
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments