WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Features » StoreHub vs Qashier: Sistem POS Mana Terbaik Untuk Bisnes Anda?

StoreHub vs Qashier: Sistem POS Mana Terbaik Untuk Bisnes Anda?

Pemilik restoran di Malaysia

Memilih sistem Point-of-Sale (POS) yang tepat adalah keputusan penting bagi kejayaan perniagaan anda. Sistem POS bukan sekadar alat untuk memproses pembayaran, tetapi juga membantu mengurus operasi, membina kesetiaan pelanggan, meningkatkan jualan, dan memantau prestasi pekerja dengan lebih efisien.

Terdapat banyak pilihan sistem POS di pasaran, tetapi StoreHub dan Qashier sering menjadi pilihan utama. Kedua-duanya menawarkan penyelesaian lengkap yang merangkumi perisian dan perkakasan, untuk membantu perkembangan bisnes anda.

Walaupun StoreHub dan Qashier menawarkan fungsi yang serupa, terdapat beberapa perbezaan penting yang perlu dipertimbangkan. Artikel ini akan membantu anda memilih sistem POS terbaik untuk bisnes F&B dan retail anda.

Apa Itu StoreHub?

Sistem POS StoreHub di atas kaunter kafe

StoreHub ialah sistem POS serba lengkap yang membantu mengubah bisnes daripada kaedah manual kepada sistem berasaskan teknologi.

Sistem POS all-in-one ini bukan sekadar alat pembayaran tetapi menawarkan pelbagai fungsi tambahan untuk menyokong operasi dan pertumbuhan bisnes.

Selain itu, sistem cloud-based membolehkan anda menguruskan bisnes dari mana-mana sahaja melalui telefon bimbit. Ini sangat berguna jika anda mempunyai lebih daripada satu cawangan kerana semuanya boleh dipantau dalam satu dashboard.

Ciri-Ciri StoreHub

Sama ada anda jalankan restoran, kafe, atau retail, StoreHub ada pelbagai ciri yang bantu urus bisnes dengan lebih mudah:

  • Sistem POS: memastikan operasi bisnes lebih lancar dan jualan lebih teratur.
  • QR Order & Pay: pelanggan boleh buat pesanan dan bayar terus dari telefon bimbit mereka.
  • Pengurusan Inventori: pantau stok secara real-time, dari bahan mentah sampai ke barang siap.
  • Pengurusan Multi-Lokasi: uruskan banyak cawangan dalam satu platform, tak perlu ulang-alik.
  • Laporan & Analitik: dapatkan data jualan secara langsung untuk buat keputusan bisnes lebih bijak.
  • Pengurusan Staf: kurangkan kerja HR manual dan urus jadual serta prestasi staf dengan lebih senang.
  • Pesanan Dalam Talian untuk F&B: bagi pelanggan order untuk penghantaran atau self-pickup.
  • E-dagang: buka kedai online dengan StoreHub Webstore dan kembangkan bisnes anda.
  • Program Loyalti: berikan ganjaran khas untuk pelanggan setia supaya mereka datang semula secara automatik.
  • SMS Marketing: hantar promosi terus ke telefon pelanggan secara automatik untuk tarik lebih banyak jualan.

Apa Itu Qashier?

Staf kafe menggunakan sistem POS Qashier

Qashier juga merupakan sistem POS berasaskan awan yang fleksibel dan sesuai untuk pelbagai jenis bisnes termasuk F&B dan retail. Antara ciri utama yang ditawarkan:

  • Sistem POS: membantu operasi bisnes lebih tersusun dan meningkatkan jualan.
  • Integrasi Penghantaran Makanan: memudahkan bisnes F&B menjangkau lebih ramai pelanggan.
  • Pesanan Dalam Talian: pelanggan boleh buat pesanan penghantaran atau ambil sendiri.
  • Order & Pay At Table: pelanggan boleh buat pesanan dan bayar terus dari telefon bimbit.
  • Loyalti Pelanggan: menawarkan ganjaran untuk pelanggan setia.
  • Integrasi E-dagang: memudahkan bisnes untuk berkembang dalam pasaran online.

StoreHub vs Qashier: Perbandingan Utama

Walaupun kedua-dua sistem POS ini menawarkan fungsi yang hampir sama, terdapat beberapa perbezaan ketara:

StoreHubQashier
Main productsSistem POS, QR Order & Pay, Program Loyalti, SMS MarketingSistem POS, QR Order & Pay, Program Loyalti
Software pricingDari RM1,290/setahun, termasuk:

Jualan tanpa had: tiada sekatan, boleh jual seberapa banyak yang anda mahu.
Produk tanpa had: tambah seberapa banyak produk tanpa caj tambahan.
Staf tanpa had: berikan akses kepada semua staf tanpa had bilangan pengguna.
Promosi lanjutan: jalankan diskaun dan tawaran khas yang lebih fleksibel.
Penghantaran makanan & QR Order & Pay: pelanggan boleh order dan bayar sendiri dengan mudah.
Ciri loyalti lanjutan: tarik pelanggan setia dengan lebih banyak ganjaran.
Integrasi percuma: sambungkan StoreHub dengan perakaunan, e-dagang, dan banyak lagi tanpa kos tambahan.
Dari RM0/bulan untuk Pelan Lite, tetapi dengan had berikut:

Jualan maksimum RM10,000/bulan – Tidak boleh melebihi jumlah ini setiap bulan.
Maksimum 25 produk – Terhad kepada hanya 25 produk dalam sistem.
Promosi asas – Ciri promosi yang terhad.
Akses untuk 1 staf sahaja – Tidak boleh tambah lebih ramai pekerja.

Caj tambahan untuk ciri lain:

Pesanan online: RM60/bulan
QR Order & Pay: RM60/bulan
Program Loyalti Qashier: RM40/bulan
Integrasi Inventori: RM20/bulan setiap integrasi
Integrasi Penghantaran Makanan: RM80/bulan
Invois: RM40/bulan
POS hardware costsDari RM 1,450Dari RM 1,098, dengan ciri tambahan pilihan
Accounting integration(s)Financio, QuickBooks, XeroXero
Food delivery integration(s)ShopeeFood, FoodpandaGrabFood, Foodpanda

Kesimpulan: Sistem POS Mana Yang Terbaik Untuk Anda?

Mervin, pemilik restoran Undisclosed Location di Petaling Jaya menggunakan sistem POS StoreHub

Sistem POS yang baik perlu membantu anda mengurus bisnes dengan lebih cekap, meningkatkan produktiviti, dan menyokong pertumbuhan jangka panjang.

Walaupun Qashier nampak lebih murah pada permulaan, kos tambahan untuk ciri asas boleh meningkat seiring perkembangan bisnes anda. Sebaliknya, StoreHub menawarkan lebih banyak ciri dengan harga lebih berbaloi, termasuk akses tanpa had kepada fungsi penting walaupun pada pelan termurah.

StoreHub bukan sekadar sistem POS – ia adalah ekosistem lengkap yang membantu bisnes F&B dan retail berkembang dengan lebih mudah, menarik lebih ramai pelanggan, dan mengurangkan kerja manual.

Dengan lebih 17,000 bisnes di Asia Tenggara mempercayai StoreHub, ia adalah pilihan terbaik untuk pemilik bisnes yang ingin berkembang tanpa kerumitan.

Sekarang, pilihan di tangan anda. Sistem POS mana yang lebih sesuai untuk bisnes anda?

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com