Kedai runcit di Lembah Klang menghadapi cabaran trafik pelanggan yang tinggi, kehendak pelanggan yang pelbagai, dan operasi yang pantas. Untuk kekal relevan, sistem POS yang tepat adalah kunci kepada kelancaran operasi. Ia membantu kurangkan kesilapan manusia, tingkatkan kawalan stok, dan beri pengalaman pelanggan yang lebih baik.
Dalam blog ini, kami bandingkan3 sistem POS untuk kedai runcit di Lembah Klang – StoreHub, Loyverse, dan POSMarket – dan kupas ciri yang menjadikan setiap satu sesuai untuk perniagaan anda.
1. StoreHub

StoreHub ialah sistem POS cloud-based yang lengkap dan direka untuk mudahkan operasi harian kedai runcit, termasuk pengurusan inventori, jadual staf dan kesetiaan pelanggan – semuanya dalam satu platform.
Untuk kedai runcit, menjejak inventori adalah satu cabaran dengan kadar jualan yang tinggi. StoreHub memudahkan proses ini dengan penjejakan stok masa nyata, kemas kini automatik dan peringatan stok rendah. Ini membantu elakkan terlebih beli atau kehabisan stok, dan anda boleh pantau stok di pelbagai lokasi dengan mudah.
Pengurusan staf juga dipermudah dengan fungsi Face Capture, iaitu clock-in/out menggunakan gambar, yang mengelakkan buddy punching dan beri rekod masa kerja yang tepat. Dengan laporan gaji automatik, anda boleh kurangkan kerja manual dan pastikan pengiraan yang tepat.
Mengeluarkan e-Invois dalam kedai runcit boleh makan masa, terutama dengan jumlah transaksi yang banyak. Sistem e-Invois StoreHub mengautomasikan proses ini, menjana invois yang mematuhi peraturan tanpa perlu isian manual hingga 55 medan – mengurangkan risiko kesilapan dan beban kerja.
Dan kerana StoreHub adalah cloud-based, anda boleh pantau operasi kedai dari mana-mana sahaja – sama ada di rumah, atau di cawangan lain. Dengan penyelarasan masa nyata, anda boleh akses laporan, pantau jualan dan jejak inventori pada bila-bila masa, memberi anda lebih fleksibiliti dan kawalan ke atas perniagaan.
Ciri Utama StoreHub di Lembah Klang
- Pengurusan Inventori: Jejak stok masa nyata, terima peringatan stok rendah dan ramalkan penggunaan untuk kurangkan pembaziran dan kawal kos.
- Pengurusan Pekerja: Urus jadual staf, pantau prestasi, dan pastikan clock-in yang tepat dengan tangkapan gambar. Laporan gaji automatik jimatkan masa urus tadbir.
- Pengurusan Multilokasi: Pusatkan operasi pelbagai lokasi dengan pemantauan penuh. Tetapkan harga ikut lokasi, mudahkan pemindahan stok, dan sesuaikan tahap akses pengguna.
- StoreHub Loyalty: Galakkan pembelian semula dengan program kesetiaan tersuai termasuk cashback, diskaun, dan ganjaran berperingkat.
- Beep Delivery: Jalankan servis penghantaran sendiri dengan yuran transaksi rendah dan integrasi penuh dengan POS. Anda boleh kawal radius penghantaran (hingga 20km) dan tawarkan pilihan pickup dan takeaway.
Harga StoreHub di Lembah Klang
Produk | Harga |
Perisian / Software | Bermula dari RM102/bulan (dibil setiap tahun)Pengurusan pekerja: tanpa had secara percumaInventori lanjutan: disertakan percumaIntegrasi: disertakan percuma |
Perkakasan / Hardware | StoreHub Android Falcon1: RM1,890 StoreHub Android D3 Pro: RM1,690 StoreHub Android Swan 1 Pro: RM2,190 |
Kenapa Pilih StoreHub?
Mengurus kedai runcit di Lembah Klang lebih dari sekadar susun produk atas rak. Ia juga tentang urus jumlah transaksi yang tinggi, pastikan stok sentiasa dikemas kini, dan urus staf di pelbagai lokasi.
StoreHub direka untuk tangani cabaran ini secara langsung – satu sistem yang mudah digunakan dan berkuasa, memastikan operasi anda berjalan lancar. Ciri pengurusan inventori masa nyata yang kemas kini automatik dan beri peringatan stok rendah membantu anda elakkan kehabisan atau pembaziran. Sama ada anda urus satu atau beberapa cawangan, semua data dalam satu tempat.
Selain itu, pengurusan staf juga jadi lebih mudah. Clock-in dengan gambar beri rekod kehadiran yang tepat dan laporan gaji automatik jimat masa dan kurangkan kesilapan. StoreHub juga membolehkan anda urus kedai dari mana-mana sahaja.
Perkakasan StoreHub direka untuk memenuhi keperluan operasi sibuk tanpa lag atau crash, walaupun semasa waktu puncak. Jika anda mahu tambah servis pesanan online atau pickup, StoreHub sediakan semua itu terus dalam sistem.
2. Loyverse

Kredit Gambar: Laman web rasmi Loyverse
Loyverse ialah sistem POS berasaskan mudah alih untuk perniagaan kecil. Ia benarkan kedai runcit, kafe dan butik proses transaksi guna telefon pintar atau tablet.
Ciri Utama Loyverse di Lembah Klang
- Inventori: Pantau tahap stok masa nyata dan dapat peringatan bila stok rendah.
- Staf: Jejak clock-in dan clock-out untuk kawal syif dan prestasi staf.
- Analitik Jualan: Dapatkan insight tentang trend jualan dan kenal pasti produk terbaik dan paling kurang popular.
Harga Loyverse
Produk | Harga |
Perisian / Software | Percuma, tapi ciri tambahan perlu bayaran: Sejarah jualan tanpa had: US$5/bulan/cawangan (~RM22.20) Pengurusan pekerja: US$5/bulan (~RM22.20) Inventori lanjutan: US$25/bulan (~RM110.90) |
Perkakasan / Hardware | Dijual melalui pengedar |
Kenapa Pilih Loyverse?
Loyverse sesuai untuk kedai kecil. Namun, bila perniagaan anda berkembang, anda mungkin perlu bayar lebih untuk ciri penting seperti multilokasi dan inventori lanjutan.
Untuk fungsi seperti penghantaran dan pickup, Loyverse tidak sediakan secara terbina – anda perlu guna integrasi luar, yang boleh tambah kos dan kerumitan.
3. POSMarket

Photo Credit: Akaun Facebook Rasmi POSMarket
POSMarket tawarkan pelbagai penyelesaian termasuk perkakasan dan perisian untuk bantu urus transaksi, inventori dan operasi asas kedai runcit.
Ciri Utama POSMarket di Lembah Klang
- Inventori: Jejak stok, tetapkan peringatan restock, cetak slip transaksi.
- Komisen Pekerja: Kira dan urus komisen staf.
- SMS Marketing: Hantar SMS pukal melalui terminal POS.
Harga POSMarket di Lembah Klang
Product | Pricing |
Pakej Perisian (Software) + Perkakasan (Hardware) | Bermula RM2,399 *Naik taraf skrin HD penuh dikenakan caj tambahan |
Kenapa Pilih POSMarket?
POSMarket beri fleksibiliti dengan pelbagai pilihan bundle. Tetapi bila tambah fungsi seperti skrin HD, sistem loyalty atau kawalan barisan, kos meningkat.
Perkakasan POSMarket yang besar mungkin ambil ruang kaunter berharga, dan antara mukanya agak ketinggalan zaman – boleh lambatkan proses dan sukar digunakan.
Perbandingan Utama
StoreHub | Loyverse | POSMarket | |
Inventori | ✅ Ya – masa nyata, automatik, tanpa caj tambahan | ✅ Ya – ciri lanjutan perlu bayar | ✅ Ya – ciri asas |
Program Kesetiaan | ✅ Ya – cashback, diskaun, ganjaran berperingkat | ✅ Ya – asas, tiada ganjaran berperingkat | ❌ Tiada – perlu sistem berasingan |
Penghantaran & Pickup | ✅ Ya – Beep Delivery | ❌ Tiada | ❌ Tiada |
Harga Perisian | Dari RM102/bulan | Percuma (ciri tambahan berbayar) | Dari RM2,399 |
Perkakasan | RM1,690 – RM2,190 | Bekerjasama dengan pengedar | Disertakan dalam pakej |
Mana Satu Sistem POS Terbaik untuk Kedai Runcit di Lembah Klang?

Memilih sistem POS yang betul boleh jadi penentu kejayaan atau kegagalan kedai runcit anda di Lembah Klang. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, penting untuk pilih sistem yang memenuhi keperluan anda sekarang dan bila perniagaan anda berkembang nanti.
Loyverse ialah pilihan kukuh untuk kedai runcit kecil atau yang baru nak berkembang. Ia menawarkan ciri asas penting seperti pengurusan inventori dan analitik jualan secara percuma – sesuai untuk permulaan. Tapi bila perniagaan makin besar, anda akan dapati ciri lanjutan seperti kawalan inventori yang lebih terperinci memerlukan bayaran bulanan tambahan. Kos ini boleh bertambah seiring dengan pertumbuhan perniagaan.
POSMarket pula menyediakan pelbagai penyelesaian untuk kedai runcit, termasuk perkakasan POS yang fleksibel untuk pelbagai jenis keperluan. Tapi walaupun pilihannya banyak, saiz perkakasan yang besar mungkin makan ruang kaunter dan tidak sesuai untuk kedai yang mahukan rupa yang moden dan kemas. Selain itu, banyak fungsi penting seperti program kesetiaan dan pengurusan inventori lanjutan perlukan sistem tambahan – menjadikan pemasangan lebih rumit dan kos lebih tinggi dalam jangka panjang.
Untuk kedai runcit yang mahukan penyelesaian menyeluruh dan lengkap, StoreHub adalah pilihan terbaik. Dengan StoreHub, anda dapat perkakasan berkuasa yang direka untuk urus hari-hari paling sibuk tanpa sebarang lag atau masalah teknikal.
Sama ada anda hanya ada satu lokasi atau banyak, ciri hebat StoreHub – termasuk penghantaran, takeaway, pickup, program kesetiaan, pemasaran SMS automatik, dan pengurusan inventori lanjutan – semuanya dibina terus dalam sistem tanpa kos tambahan. Anda tak perlu guna alat pihak ketiga atau integrasi rumit, menjadikannya pilihan paling jimat dan paling efisien untuk kedai runcit di Lembah Klang.
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments