Bisnes vape anda semakin berkembang? Dulu ada satu cawangan, kini kedai vape anda dah ada di beberapa lokasi? Atau, anda baru je nak mula jalankan bisnes vape ni?
Budaya vape telah menjadi trend terbaharu di Malaysia. Untuk segelintir bisner owner terutamanya penggemar vape, ini merupakan peluang keemasan untuk mereka mula luaskan penjualan vape di kawasan mereka.
Namun, nak uruskan bisnes vape ini bukan semudah yang disangka. Banyak perkara dan masa perlu diambil berat dari semasa ke semasa kerana bisnes ini memerlukan stok yang banyak dan customer base yang luas.
Jadi, untuk pastikan bisnes operasi kedai vape anda sentiasa berjalan dengan lancar, anda perlukan sistem point-of-sale (POS) untuk bantu urus transaksi jualan serta operasi bisnes dengan lebih cekap.
Pelbagai jenis sistem POS berada di pasaran. Tapi tahukah anda, sistem POS yang berkualiti bukan sahaja dapat uruskan transaksi jualan, malah dapat selaraskan stok dan bisnes operasi pelbagai cawangan kedai vape, serta naikkan jualan harian berlipat kali ganda dengan ciri pemasaran yang efektif?
Jom kita lihat perbandingan POS providers yang sering digunakan oleh kedai-kedai vape di Malaysia.
1. StoreHub

StoreHub adalah sistem POS all-in-one berasaskan cloud yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis bisnes.
Ia dapat bantu urus bisnes operasi kedai vape anda dengan cekap dan sistematik di samping raih ramai pelanggan dan tingkatkan jualan dalam masa yang sama.
Dengan lebih 30 ciri efektif yang diintegrasikan ke dalam sistem POS StoreHub, bisnes owner seperti anda dah tak perlu risau tentang operasi bisnes harian kerana kesemua urusan bisnes diintegrasikan ke dalam satu sistem POS.
Harga StoreHub
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, QR Order & Pay, CRM, Program Loyalti |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM1,450* *Bayaran 1x untuk perkakas/hardware POS. + Pengurusan pekerja: percuma & unlimited + Pengurusan inventori Advanced: percuma + Integrasi: percuma |
Harga software | Harga software: – Bermula dari RM108/bulanan *Dilengkapi dengan lebih dari 30+ ciri terbaik seperti pengurusan stok dan jualan secara real-time, pengurusan pelbagai lokasi kedai dan banyak lagi. |
Integrasi perakaunan | – QuickBooks – Financio – Xero |
Ciri-ciri StoreHub di Malaysia
Antara ciri utama yang berikan faedah kepada kedai vape anda adalah:
- Sistem POS: senangkan anda untuk urus jualan dan operasi bisnes kedai vape dengan lancar dan sistematik.
- Pengurusan inventori: mudahkan anda untuk tahu produk terlaris dan elakkan daripada masalah terlebih dan terkurang stok.
- Program Loyalti & Cashback: naikkan kekerapan pelanggan kembali ke kedai vape anda dengan promo dan diskaun terkini.
- Pemasaran SMS automatik: tingkatkan lagi keuntungan melalui pembelian berulang.
- Edagang: beri peluang kepada anda untuk bina, urus dan kembangkan platform bisnes online.
- Pengurusan pekerja: kawal clock-in/out pekerja secara online dan sistematik.
- Pengurusan pelbagai lokasi kedai: mudahkan anda untuk urus beberapa cawangan kedai vape melalui satu sistem.
Program Loyalti dan SMS Pemasaran, StoreHub Engage
Tahukah anda 84% pelanggan akan terus guna produk daripada bisnes yang tawarkan program loyalti kepada mereka?
Program loyalti adalah antara teknik pemasaran yang berkesan untuk bantu kedai vape anda dapat lebih banyak jualan.
StoreHub tawarkan dua jenis program loyalti iaitu Cashback dan store credit – bolehkan bisnes owner seperti anda pilih program loyalti yang bersesuaian. Pelanggan dapat kumpul dan tebus nilai ganjaran pada pembelian seterusnya melalui kedua-dua program loyalti ini.
Program loyalti StoreHub dapat diaktifkan melalui sistem POS dan BackOffice. Anda dapat kumpul maklumat pelanggan dengan mudah sekiranya Cashback atau store credit diaktifkan. Ini bolehkan anda untuk kumpul akses data base pelanggan secara menyeluruh dan tahu produk yang digemari pelanggan.
Bila dah ada data pelanggan, senang untuk anda tarik mereka kembali membeli melalui pesanan peringatan SMS, StoreHub Engage. Pembelian berulang dapat bantu kedai vape naikkan jualan dalam masa yang singkat kerana sebanyak 65% syarikat dan jenama bersetuju bahawa keuntungan mereka datang daripada pembelian berulang.
2. Zeoniq

Zeoniq sediakan sistem POS yang bolehkan bisnes owner urus beberapa cawangan melalui satu platform.
Sama seperti POS yang lain, antara ciri yang ditawarkan oleh Zeoniq termasuk sistem pesanan sendiri, pengurusan inventori, laporan jualan dan sebagainya – membolehkan bisnes owner jimat banyak masa daripada menguruskan operasi bisnes secara manual.
Sistem POS Zeoniq lebih sesuai untuk bisnes F&B kerana ia tawarkan Kitchen Display System (KDS) yang mudahkan pelanggan anda untuk tahu tentang status pesanan mereka.
Harga Zeoniq
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, Sistem Pesanan Sendiri (SOS), Sistem Pengurusan Retail (RMS) |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM2,980 + Pencetak resit terma: RM500/unit + Cash drawer: RM230/unit + Network switch: RM100 |
Harga software | Harga software: – Bermula dari RM1,800 + Percubaan dan latihan: RM800 + Cable pulling: RM500 + Modul Pesanan Sendiri Zeoniq: RM1,000 |
Integrasi perakaunan | – SQL Accounting – AutoCount – Payroll |
Sistem Pengurusan Retail (RMS)
Sistem pengurusan retail atau lebih dikenali sebagai RMS dapat bantu bisnes owner untuk urus stok inventori dengan senang.
Stok inventori akan disimpan di sistem cloud – membolehkan anda untuk akses maklumat inventori dengan lebih fleksibel pada bila-bila masa. Jimatkan masa anda dari pergi ke kedai sekiranya anda perlu akses kepada maklumat inventori secepat mungkin.
Ciri ini selalunya diberikan oleh setiap POS provider kerana pengurusan stok adalah aspek penting dalam bisnes. Begitu juga dengan StoreHub, bisnes owner dapat nikmati laporan dan data inventori secara terkini melalui BackOffice atau aplikasi StoreHub Manager sekiranya mereka berada di luar.
3. Loyverse

Sistem POS Loyverse juga sering digunakan oleh ramai peniaga retail di Malaysia. Ia menjadikan pengalaman bisnes owner untuk urus bisnes lebih menarik kerana semua urusan bisnes boleh dilakukan di hujung jari.
Loyverse dapat mengintegrasikan ciri-ciri sistem POS seperti pengurusan jualan, inventori dan pelbagai kedai ke telefon pintar dan tablet anda.
Harga Loyverse
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS |
Harga perkakas/hardware POS | Tiada perkakas/hardware POS di jual. *Tetapi, Loyverse bekerjasama dengan beberapa pengedar untuk tawarkan perkakas tambahan seperti alat pengimbas dan mesin pencetak. |
Harga software | Percuma tetapi caj tambahan dikenakan untuk setiap ciri tambahan. + Pengurusan pekerja: RM22.20/setiap bulan/setiap pekerja + Advanced inventori: RM110.85/setiap butik + Integrasi: RM39.70/per butik |
Integrasi perakaunan | – QuickBooks – Xero |
Pengurusan pelbagai lokasi kedai
Kalau anda ada lebih dari satu kedai vape, Loyverse dapat bantu anda uruskan inventori kesemua cawangan kedai yang berdaftar dalam satu sistem.
Ini akan mudahkan anda untuk lihat status stok terkini produk vape dan jualan harian anda melalui satu sistem sahaja.
Bagi membolehkan anda nikmati ciri pengurusan pelbagai lokasi kedai, caj tambahan RM110.85 untuk satu kedai akan dikenakan pada setiap bulan. Berlainan dengan StoreHub, anda boleh nikmati ciri yang sama tapi secara percuma dan unlimited dengan setiap pembelian POS dan software.
Ciri ini sangat berguna untuk kedai vape terutamanya yang ada di pelbagai lokasi. Jadi, anda harus pilih sistem POS yang akan menguntungkan bisnes anda supaya anda buat pilihan yang tepat dan bijak.
4. Big Pos

Anda pernah dengar tentang Big POS? Big POS juga sediakan ciri-ciri seperti pengurusan pekerja, laporan dan analitik dan pengurusan inventori untuk pengguna POS mereka.
Big POS juga bantu bisnes owner di Malaysia untuk jalankan bisnes mereka dengan lebih cekap dan kurangkan kesilapan yang sering terjadi dengan urus bisnes cara manual.
Harga Big POS
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, Pengurusan Inventori, Laporan dan Analitik, Pengurusan Pekerja. |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM899 untuk POS sahaja *Tidak termasuk dengan ciri-ciri/software POS. |
Harga software | Harga bermula dari RM99/bulanan (versi Lite) *Terhad kepada beberapa ciri seperti Aplikasi Big Analitik, Aplikasi Big Inventori, 50 Ciptaan Produk & Pengurusan Satu Kedai. |
Integrasi perakaunan | – Xero |
Edagang
Edagang merupakan ciri yang amat berguna buat bisnes owner kedai vape seperti anda kerana anda dapat raih lebih ramai pelanggan luar dari kawasan anda, tanpa had masa pembelian dengan gunakan platform online.
Big POS integrasi ciri Edagang ke dalam sistem POS anda. Anda dapat membina dan mula urus platform online anda dengan mudah. Platform Edagang ini juga dilihat sangat kos efektif untuk semua jenis bisnes.
Ciri ini hanya boleh dinikmati oleh bisnes yang melanggan software versi Pro sahaja di mana harganya berbeza dengan versi Lite. Tapi jangan risau, anda tidak perlu bayar lebih dengan StoreHub Edagang kerana ciri ini telah disediakan secara percuma untuk semua peniaga.
Bayangkan anda dapat customise kedai vape online anda dengan pilih warna, features dan domain tersendiri serta urus pesanan dan stok melalui satu sistem POS dengan PERCUMA sahaja. Jadi mana yang ada lebih berminat?
Ringkasan: POS Mana Paling Sesuai Untuk Kedai Vape Anda?

Sekarang anda dah tahu 4 POS providers yang sering digunakan oleh kebanyakan bisnes retail dan vape di Malaysia. Jadi, mana satu yang anda rasa paling sesuai untuk gunakan dan berbaloi untuk investment anda?
Sistem POS all-in-one StoreHub telah bantu lebih 100+ kedai vape di Malaysia. Dengan 30+ ciri efektif StoreHub, anda dapat urus inventori, kawal prestasi pekerja, kumpul data pelanggan serta akses kepada laporan jualan dengan mudah dan cepat.
Nak tahu macam mana StoreHub dapat bantu bisnes vape anda berkembang dengan lebih maju? Klik link di bawah untuk demo PERCUMA!

Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments