WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » StoreHub Stories » Aperture Cafe: Seni Menavigasi Pasaran Kafe yang Kompetitif di TTDI

Aperture Cafe: Seni Menavigasi Pasaran Kafe yang Kompetitif di TTDI

Interior dalaman Aperture Cafe di TTDI yang dipenuhi seni artis tempatan.

Bagi penggemar kafe, TTDI adalah destinasi yang tidak pernah mengecewakan. Dengan deretan kafe yang menyajikan pelbagai pengalaman kulinari – dari hidangan santai hingga yang sarat dengan inovasi baru, setiap sudut TTDI menawarkan sesuatu yang unik dan menarik.

Namun, di antara semua pilihan, ada satu kafe yang semakin meraih perhatian ramai dengan konsepnya yang luar biasa, iaitu Aperture Cafe. Walaupun terletak di tingkat atas dan memerlukan pengunjung untuk menaiki tangga, kafe ini sentiasa penuh dan sering menjadi tempat kunjungan artis-artis tempatan!

Sebuah Impian yang Terinspirasi oleh Warisan

Razali Zakaria tersenyum gembira dalam kafenya, Aperture Cafe, di TTDI.

Kisah di sebalik Aperture Cafe bermula dari Razali Zakaria, seorang usahawan muda yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia masakan. Dibesarkan di Kelantan, Razali sejak kecil sudah terbiasa membantu ibu bapanya di dapur dan mempelajari resepi-resepi tradisional yang menjadi warisan keluarga.

Apabila Razali berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2008, dunia kulinari di ibu kota memikatnya dengan kepelbagaian dan kreativiti yang luar biasa. Namun, walaupun terdedah kepada pelbagai jenis masakan, hati Razali tetap terpaut pada masakan kelahirannya.

Impian untuk membawa masakan Kelantan ke hadapan, dengan suasana kafe moden yang elegan, mula terbentuk. Sejak itu, Razali berazam ingin membuktikan bahawa masakan Melayu layak dihargai setaraf dengan hidangan Barat yang sering dianggap lebih ‘eksklusif.’

Mengangkat Hidangan Nasi ke Dunia Kafe

Hidangan masakan asli Kelantan dan Thai di Aperture Cafe, TTDI.

Berbeza dengan kebanyakan kafe yang menyajikan hidangan Barat sahaja seperti pasta, Aperture Cafe adalah antara yang pertama di TTDI untuk menawarkan hidangan berasaskan nasi sebagai menu utama!

Matlamat Razali adalah untuk menormalkan masakan Melayudi ruang kafe, memberikan pengalaman yang lebih mewah tanpa mengubah keaslian rasa. Hidangannya bebas daripada gabungan fusion, tetap setia kepada akar umbinya sambil memenuhi cita rasa moden.

Namun, membangunkan Aperture Cafe bukanlah perjalanan yang mudah. Seperti kebanyakan usahawan baru, Razali menghadapi pelbagai cabaran, terutama ketika membuka kafe ini pada Mac 2020.

Langkah Pertama yang Penuh Cabaran

Kaunter minuman dan pastri di Aperture Cafe, TTDI.

Bayangkan, selepas berhabis duit untuk renovasi, membayar sewa kedai di kawasan paling mahal di KL, dan mencari pekerja, tiba-tiba lockdown diumumkan akibat pandemik COVID-19.

Semua kafe terpaksa tutup. Tiada pelanggan, tiada jualan. Namun, bebanan tetap ada – sewa kedai dan gaji pekerja tetap perlu dibayar. Keadaan ini hampir meruntuhkan impian yang telah lama disusun.

Tapi Aperture Cafe tidak menyerah. Sebaliknya, Razali cepat-cepat mencari penyelesaian dan mula menawarkan produk baru yang boleh dijual walaupun tanpa dine-in. Salah satu daripadanya ialah pineapple tarts, yang mendapat sambutan luar biasa!

Walaupun kafe tidak dapat beroperasi seperti biasa, Aperture Cafe sudah mula dikenali di TTDI. Pineapple tarts yang viral membantu mengumpul pelanggan setia, menjadikan kafe ini lebih popular walaupun di tengah-tengah krisis.

Semua ini bukan sahaja menyelamatkan perniagaan Razali, tetapi juga menyediakan momentum yang kuat untuk Aperture Cafe apabila lockdown berakhir. Bila kafe sudah dibenarkan kembali beroperasi, pelanggan terus datang berpusu-pusu, ingin merasai hidangan di Aperture Cafe – walaupun terletak di tingkat atas!

Memberi Kembali kepada Komuniti

Sekumpulan pelanggan di Aperture Cafe, TTDI.

Di Aperture Cafe, kejayaan bukan hanya diukur dari segi jualan, tetapi juga dari sejauh mana mereka memberi kembali kepada komuniti. Razali percaya bahawa kafe ini bukan hanya tempat makan, tetapi juga sebuah ruang untuk membina dan memperkasakan komuniti sekeliling.

Salah satu langkah yang diambil oleh Aperture Cafe adalah membuka ruang mereka untuk sesi perbincangan kesihatan mental. Dengan kerjasama bersama ThriveWell, sebuah social enterprise yang berusaha untuk memperluaskan perkhidmatan kesihatan mental berasaskan trauma kepada individu dan komuniti, kafe ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai sesi bimbingan dan diskusi dalam suasana yang selesa dan santai.

Ruang Menyerlah Seni Tempatan

Koleksi karya seni artis Malaysia menghiasi dinding Aperture Cafe, TTDI.

Selain itu, Aperture Cafe turut meraikan seni tempatan dengan mempamerkan karya-karya seni yang dipilih khas untuk pelanggan mereka. Dinding kafe ini dipenuhi dengan lukisan dan seni yang unik, yang bukan sahaja memberi sentuhan estetik kepada ruang, tetapi juga memberi penghormatan kepada bakat tempatan seperti Haafiz Shahimi dan Nor Tijan Firdaus.

Ramai pengunjung yang mengagumi karya-karya seni yang dipamerkan dan berkongsi foto di media sosial mereka, memberi Aperture Cafe pendedahan tambahan secara percuma.

Dengan membuka ruang untuk ThriveWell dan mempromosikan seni artis tempatan, Aperture Cafe tidak hanya meningkatkan imej mereka, tetapi juga memperkukuhkan hubungan dengan komuniti sekeliling.

Menguatkan Pengalaman Pelanggan dengan Teknologi

Razali Zakaria, founder Aperture Cafe, menggunakan tablet dilengkapi dengan sistem POS StoreHub, di Aperture Cafe, TTDI.

Selain menyajikan hidangan yang autentik dan suasana yang unik, Aperture Cafe juga menggunakan teknologi untuk menguatkan pengalaman pelanggan mereka. Razali tahu betapa kompetitifnya pasaran kafe di TTDI, jadi Aperture Cafe perlu menawarkan lebih daripada sekadar makanan yang sedap dengan mencipta pengalaman yang lebih bermakna bagi setiap pengunjung.

Salah satu strategi yang digunakan oleh Aperture Cafe adalah sistem Cashback. Setiap kali pelanggan berkunjung, mereka berpeluang mengumpul mata ganjaran yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Ini memberi insentif kepada pelanggan untuk tak sabar datang lagi! Mereka rasa dihargai setiap kali mereka menikmati hidangan disitu, dan secara tak lansung membina kesetiaan pada kafe tersebut.

Bagi Razali, menggunakan sistem Cashback ini kacang sahaja kerana sistem ini sudah sepenuhnya diintegrasikan ke dalam sistem POS kafenye. Jadi, Razali tak perlu mendapatkan alat tambahan – semua proses ini dapat dikendalikan melalui satu sistem yang sama!

Tambahan lagi, sistem POS kafenya boleh memantau segala aktiviti pelanggan, menghantar mesej promosi, dan menguruskan ganjaran dengan hanya beberapa klik.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang sistem POS yang digunakan oleh Aperture Cafe, tonton video di bawah:

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com