WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Tips & Tricks » Cara Urus & Kekalkan Pekerja dalam Industri F&B di Malaysia

Cara Urus & Kekalkan Pekerja dalam Industri F&B di Malaysia

A Malaysian F&B staff preparing food

Dalam tempoh beberapa tahun ni, Malaysia menghadapi masalah kekurangan pekerja dalam pelbagai sektor, termasuklah juga dalam industri makanan dan minuman (F&B). Kekurangan ini adalah hasil daripada penurunan kadar kelahiran, populasi yang semakin menua, penghijrahan bakat, dan kesan selepas pandemik COVID-19.

Apabila semakin sedikit individu memasuki tenaga kerja, persaingan untuk mendapatkan pekerja menjadi semakin sengit dan menyukarkan perniagaan F&B dalam menarik serta mengekalkan bakat terbaik. Bagi restoran dan kafe pula, mengekalkan pasukan yang berdedikasi, bermotivasi dan mahir adalah kunci kepada kelancaran operasi.

Dalam blog ini, kita akan terokai strategi yang praktikal untuk mengurus dan mengekalkan pekerja dalam industri F&B, dari menawarkan peluang kerjaya yang maju hingga mewujudkan budaya kerja yang positif dan saling menyokong.

Mencipta Laluan Kerjaya yang Jelas untuk Mengekalkan Bakat dalam Industri F&B

Industri F&B mempunyai salah satu daripada kadar pusing ganti tertinggi, dengan purata sekitar 75%. Salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan kadar pusing ganti tinggi ini ialah dengan mewujudkan laluan kerjaya yang jelas untuk pekerja. Apabila ahli pasukan dapat melihat laluan yang jelas untuk maju dan berkembang, mereka lebih cenderung untuk kekal bersama syarikat dan bermotivasi untuk melakukan kerja mereka dengan baik.

Sebagai contoh, jika pelayan tahu mereka berkebolehan untuk menjadi ketua shif, kemudian menjadi penyelia tingkat, dan akhirnya menjadi pengurus, mereka akan mejadi lebih berminat dalam pekerjaan mereka.

Anda boleh merancang perkembangan kerjaya dan menyediakan garis masa untuk menjangka potensi kenaikan pangkat. Penjelasan ini membantu pekerja untuk memahami apa yang perlu dilakukan untuk maju dalam syarikat, sekaligus mendorong mereka untuk kekal lebih lama. Anda juga boleh melaksanakan program latihan dalaman, yang mana pekerja akan menerima penghargaan dan kemahiran yang diperlukan untuk memikul lebih banyak tanggungjawab.

Mempunyai mentor untuk setiap pekerja baru atau pekerja yang ingin maju dalam kerjaya juga boleh memupuk kesetiaan kepada syarikat. Seorang mentor boleh membimbing mereka, menjawab soalan dan menawarkan sokongan sepanjang perjalanan mereka untuk berkembang. Berbanding dengan mengupah secara luaran, promosi dalaman juga mampu menjimatkan kos pengambilan dan membantu mewujudkan pasukan yang padu dan setia.

Dengan menawarkan laluan kerjaya yang jelas, latihan yang berstruktur dan peluang berbimbing, anda bukan sahaja membantu mengekalkan pekerja tetapi juga membangunkan tenaga pekerja bermotivasi dan mahir yang akan menyumbang kepada kejayaan jangka panjang syarikat anda.

Tawarkan Gaji dan Manfaat yang Kompetitif untuk Kekalkan Pekerja

Menawarkan gaji dan faedah yang kompetitif ialah strategi yang jelas namun penting untuk mengekalkan pekerja, terutamanya dalam industri F&B. Walaubagaimanapun gaji sahaja tidak semestinya mampu mengekalkan pekerja untuk jangka panjang, memberikan gaji yang kompetitif – atau lebih baik lagi, melebihi piawaian industri – menjadi isyarat kepada pasukan anda bahawa anda menghargai sumbangan mereka dan bersedia untuk melabur untuk kesejahteraan mereka.

Seterusnya, ini membantu anda mengekalkan kakitangan yang mahir dan bermotivasi, mengurangkan kadar pusing ganti dan kos yang berkaitan untuk sentiasa mengambil dan melatih pekerja baharu.

Tetapi bagaimana anda menyediakan pakej gaji yang menarik tanpa memberikan tekanan pada kewangan perniagaan anda?

Salah satu cara ialah melalui mengautomasikan dan melaraskan operasi anda. Dengan mengurangkan alat dan sistem pihak ketiga, seperti program kesetiaan berasingan atau pelaporan manual, anda boleh menjimatkan wang dan masa anda yang berharga. Sistem POS semua-dalam-satu seperti StoreHub boleh menyelaraskan operasi anda, daripada menjejak jualan dan mengurus inventori hingga ke pemasaran pelanggan dan program kesetiaan, menjadikan ia satu platform yang mudah digunakan.

Dengan mengautomasikan tugasan yang memerlukan alat tambahan dan kerja manual, anda dapat membebaskan belanjawan anda untuk menawarkan gaji dan faedah yang lebih baik tanpa menggangu kewangan anda.

Selain gaji yang kompetitif, pertimbangkan untuk menawarkan faedah ketara seperti elaun makan, makanan percuma dari restoran atau bonus prestasi. Memberi pekerja makanan percuma atau elaun makan semasa syif mereka adalah cara praktikal untuk menunjukkan penghargaan sambil mengurangkan kos makan semasa waktu bekerja.

Untuk insurans kesihatan, ia adalah penting untuk memilih pelan yang melindungi bukan sahaja penjagaan perubatan asas tetapi juga kecederaan yang berkaitan dengan tempat kerja, seperti melecur atau tergelincir, yang biasa berlaku dalam industri F&B. Dengan perlindungan ini, pekerja akan memiliki ketenangan fikiran kerana mereka mengetahui mereka dilindungi jika berlaku kemalangan di tempat kerja.

Sementara itu, bonus prestasi yang terikat pada matlamat khusus yang boleh diukur bukan sahaja memberi insentif kepada kerja keras tetapi secara langsung menyelaraskan usaha pekerja dengan kejayaan perniagaan.

Dengan memberi ganjaran kepada pencapaian seperti mencapai sasaran jualan atau meningkatkan kepuasan pelanggan, anda mencipta budaya yang mempacu prestasi yang mendorong kakitangan untuk berusaha lebih keras dan menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan anda sepenuhnya.

Penggunaan Teknologi untuk Pengurusan Pekerja yang Lebih Cekap

Menguruskan pasukan dalam industri F&B boleh menjadi rumit, terutamanya apabila berurusan dengan berbilang lokasi dan peranan yang berbeza – daripada pelayan dan barista kepada chef dan pengurus.

Mengurus jadual syif, menjejak kehadiran, dan memastikan pekerja membuat kerja mengikut standard yang ditetapkan boleh menjadi sukar. Selain itu, menguruskan tugasan ini secara manual boleh menyebabkan kesilapan, masa terbuang dan rasa kecewa, untuk anda dan kakitangan anda.

Sebagai contoh, mencatat masa masuk dan keluar secara manual boleh membawa kepada kesilapan, seperti buddy punching (di mana pekerja catat untuk satu sama lain), yang membawa kepada helaian masa yang tidak tepat dan, akhirnya, percanggahan gaji. Kesilapan ini boleh menimbulkan masalah, terutamanya apabila menguruskan pasukan yang besar merentasi beberapa lokasi.

Melabur dalam sistem POS dengan ciri pengurusan pekerja, seperti StoreHub, dapat menangani isu ini. Dengan ciri merekodkan kehadiran berasaskan foto, pekerja dapat merekod waktu masuk dan keluar hanya dengan mengambil gambar mereka, ini dapat mengelakkan ‘buddy punching’ dan memastikan rekod kehadiran yang tepat.

Dari segi pengurusan, anda dapat mengakses laporan masa nyata, termasuk laporan syif, rekod masa kerja, dan prestasi jualan individu. Kesemua laporan ini tersedia dari satu papan pemuka yang bersepadu.

Ini dapat memastikan anda dapat menjejak jam bekerja pekerja, prestasi, dan kecekapan keseluruhan dalam masa nyata – sama ada anda berada di premis, di rumah, atau di mana sahaja. Dengan segala-galanya diautomasikan dan mudah diakses, anda mengelakkan risiko kesilapan manusia. Sebagai contoh, jika anda mengira secara manual bahawa seorang pekerja telah mencapai jumlah jualan tertentu, anda mungkin terpaksa menegur mereka kerana prestasi yang kurang memuaskan – hanya untuk kemudiannya menyedari bahawa sebenarnya mereka berprestasi lebih baik daripada jangkaan.

Dengan sistem pengurusan pekerja yang bersepadu dengan sistem POS anda, anda mempunyai gambaran yang tepat dan masa nyata mengenai jualan dan prestasi setiap pekerja. Ini memastikan penilaian prestasi yang adil dan menjimatkan masa serta mengurangkan kesulitan dalam proses tersebut.

Menawarkan Latihan dan Pembangunan Berterusan

Walaupun pengalaman adalah guru yang tidak ternilai, bergantung semata-mata pada kerja harian untuk membangunkan kemahiran boleh menjadi terhad. Bagi perniagaan F&B, terutamanya dalam pasaran yang kompetitif seperti di Malaysia, menyediakan latihan yang berstruktur dan berterusan dapat meningkatkan prestasi pekerja, moral, dan kesetiaan mereka.

Kerana latihan tidak boleh berhenti selepas onboarding. Ia harus menjadi proses berterusan yang menyokong pertumbuhan peribadi dan profesional.

Bukan sahaja pekerja akan merasa bermotivasi dan dihargai, tetapi ia juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Begitu juga, pekerja dalam peranan lain, seperti chef atau pelayan, boleh mendapat manfaat daripada bengkel khusus mengenai kemahiran tertentu, sama ada untuk memperbaiki teknik memasak mereka, menguasai penyajian makanan, atau meningkatkan pendekatan perkhidmatan pelanggan mereka.

Sesi latihan suku tahunan boleh menjadi kaedah yang baik untuk menumpukan pada kedua-dua kemahiran teknikal (seperti pengetahuan produk, keselamatan makanan, atau teknik spesifik) dan kemahiran insaniah (seperti komunikasi, penyelesaian masalah, atau kerja berpasukan). Komitmen berterusan untuk peningkatan kemahiran ini menunjukkan kepada pekerja bahawa anda menghargai perkembangan mereka melangkaui tugasan harian, menggalakkan mereka untuk kekal berkhidmat dengan perniagaan anda dalam jangka masa panjang.

Menawarkan pensijilan dalam bidang seperti keselamatan makanan, kepakaran barista, atau kecemerlangan perkhidmatan pelanggan juga boleh berfungsi sebagai insentif yang kuat. Sijil ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perniagaan anda, tetapi ia juga menyediakan pekerja anda dengan kelayakan yang boleh berguna di tempat lain. Ini memberikan mereka keyakinan dan kelayakan yang bernilai untuk masa depan mereka dalam industri.

Pemikiran akhir

Pengekalan pekerja dalam industri F&B Malaysia yang kompetitif memerlukan gabungan strategi yang menangani keperluan pekerja, menyediakan peluang perkembangan yang jelas, dan memastikan mereka merasa dihargai.

Dengan menawarkan gaji yang kompetitif, memupuk perkembangan kerjaya, dan melabur dalam latihan, anda dapat membina tenaga kerja yang bermotivasi dan setia. Teknologi juga memainkan peranan penting, membantu melancarkan operasi dan memudahkan untuk menguruskan staf anda dengan cekap.

Akhirnya, mengekalkan bakat terbaik adalah tentang mewujudkan persekitaran di mana pekerja merasa disokong, dicabar, dan diberi ganjaran. Dengan menggabungkan strategi-strategi ini, anda dapat mengurangkan kadar pusing ganti pekerja, meningkatkan kepuasan kerja, dan memastikan perniagaan anda berkembang dalam jangka masa panjang.

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com