Apabila bercakap tentang fesyen modest di Malaysia, Misslilyshop adalah antara jenama yang menonjol di kalangan ramai. Bermula dengan hanya menjual pakaian pre-loved di Blogspot, kini brand Misslilyshop dah berkembang menjadi satu nama besar dalam industri fesyen tanah air dengan menawarkan pelbagai pakaian modest yang selesa dan mampu milik.
Terletak di Wangsa Maju, butik Misslilyshop sentiasa memikat hati peminat fesyen yang inginkan penampilan bergaya tapi masih mengekalkan ciri-ciri Muslimah. Kejayaan Missliyshop hingga sekarang melambangkan ketabahan, dan betapa pentingnya memahami pelanggan setia dalam membina sebuah empayar fesyen yang kukuh.
Permulaan Misslilyshop

Pada awalnya, Lily Rahman, founder kepada Misslilyshop, mulakan bisnesnya semasa dia tengah belajar di sebuah Maktab Perguruan. Ketika itu, dia memerlukan wang tambahan untuk membeli bekalan seni bagi pengajiannya dalam bidang Seni Halus. Akan tetapi, disebabkan keluarganya yang kurang berkemampuan, dia tidak sanggup untuk meminta elaun tambahan begitu sahaja. Lantas, Lily mengambil inisiatif untuk menjual pakaian pre-loved sebagai sumber pendapatan.
Pada waktu itu, sekitar 14 tahun lalu, Blogspot merupakan platform yang popular di Malaysia, jadi Lily pun set up kedai online pertamanya di sana. Bermula secara kecil-kecilan, langkah ini akhirnya membawa kepada kejayaan Misslilyshop hari ini.
Loncatan Penuh ke Dunia Bisnes

Apabila bisnes Misslilyshop makin berkembang, Lily terpaksa membuat pilihan — sama ada untuk meneruskan berada dalam bidang perguruan atau beralih sepenuhnya ke dunia bisnes. Lily, pada waktu itu, sudah pun berkerja sebagai seorang cikgu selama 2 tahun.
Akhirnya, Lily buat keputusan berani untuk meninggalkan bidang lamanya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada Misslilyshop.
Keputusan Lily disokong dengan baik oleh seluruh keluarganya, menjadikan Lily bertambah yakin untuk meneruskan langkahnya. Suami Lily pun, yang Lily bertemu pada waktu orientasi di Maktab Perguruannya, sentiasa menyokong kuat Lily sejak zaman bisnes pre-loved lagi. Kini, setelah mereka dikurniakan anak-anak yang comel, suaminya menyokong Lily dengan memberi ruang untuk Lily fokus pada perniagaannya sementara dia menjaga keluarga kecil mereka.
Hampir Terciduk Kerana Lokasi Viral

Setelah beberapa tahun menjual pakaian Muslimah secara online, Lily akhirnya membuka sebuah butik fizikal di Wangsa Maju pada tahun 2015. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan tetapi pada tahun seterusnya, Lily tertarik dengan satu lokasi viral di Bangi Central.
Hampir semua jenama fesyen Muslimah yang lain sudah mula menapakkan butik mereka di situ sehingga lokasi itu digelar “Syurga Hijabista”. Lily, bimbang akan ketinggalan, cepat-cepat buat keputusan untuk membuka butik kedua Misslilyshop di situ juga.
Namun, setelah melabur ratusan ribu untuk renovasi kedai, Lily mula dapati satu masalah besar — jualan kedainya sangat rendah. Walaupun Bangi Central mempunyai pengunjung yang ramai, tetapi disebabkan terlampau banyak jenama menapak di situ, persaingan bisnes sangat kuat. Dan akhirnya, Lily terpaksa berundur dan melepaskan butik keduanya.
Bangkit Lebih Kuat

Setelah menganalisa kembali pelanggan-pelanggan Misslilyshop, Lily dapati sebenarnya dia hanya perlu kuatkan online presence Misslilyshop dan mengekalkan butik pertamanya di Wanga Maju sahaja.
Dia juga dapati yang kebanyakan pelanggan tetap dia adalah antara kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil seperti Lily! Jadi, Lily terus ubah business strategy Misslilyshop dan keluarkan koleksi-koleksi baru untuk keluarga kecil seperti koleksi “Mother-Daughter” pada Raya lepas.
Koleksi baru Misslilyshop terus mendapat sambutan hangat sebab pelanggan-pelanggan Misslilyshop memang tengah mencari dan memerlukan koleksi sebegitu!
Strategi baru Lily ini terus menyelamatkan Misslilyshop dan, jualan terus meletup di butik fizikal dan online. Tonton video dibawah untuk lebih banyak cerita eksklusif dari Lily:
Kumpul Data Pelanggan Setia

Jadi, macam mana Lily dapat menganalisa data pelanggan dengan lajunya? Dan macam mana Lily dapat kumpul data pelanggan pada mulanya?
Lily menggunakan sistem POS StoreHub yang dilengkapi dengan lebih 30 ciri tambahan! Sistem POS ini bukan sahaja dapat bantu mudahkan pengumpulan customer data, malah ia juga mudahkan Misslilyshop berhubung dengan pelanggan mereka melalui Engage dan memberi ganjaran kepada pelanggan mereka dengan Cashback.
Bagi Lily, pelanggan adalah kunci nombor satu dalam berbisnes, dan sistem POS StoreHub sentiasa memastikan bisnes Lily rapat dihati pelanggan. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang sistem POS StoreHub, tonton video dibawah:
Recent Comments