WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » StoreHub Stories » Resepi Kejayaan Quackteow: Dari Beca Jalanan ke Ikon Food Truck di TTDI

Resepi Kejayaan Quackteow: Dari Beca Jalanan ke Ikon Food Truck di TTDI

Ezzad Emir, pemilik Quackteow, di hadapan food truck viralnya di TTDI, KL.

Segalanya bermula dengan satu sesi makan di sebuah food truck di TTDI. Di situlah tercetusnya idea bagi Yob, atau nama penuhnya Ezzad Emir, bersama tiga orang rakan terinspirasi untuk buka bisnes street food mereka sendiri.

Tapi mereka tak nak ikut trend. Mereka tanya diri sendiri: makanan apa yang rakyat Malaysia tak akan pernah jemu?

Jawapannya jelas… char kuey teow!

Ia satu juadah ikonik yang evergreen dan sentiasa relevan dalam selera rakyat Malaysia.

“Bila-bila pun orang akan cari char kuey teow,” kata Yob. Ia bukan makanan bermusim, dan sesuai untuk semua lapisan umur dan bangsa. “Market dia besar, dan permintaan sentiasa ada.”

Tapi mereka tak nak jadi sekadar satu lagi gerai street food menjual char kuey teow.

Mereka nak bawa kelainan.

Dari Penang, untuk Kuala Lumpur

Char Kuey Teow dimasak dalam kuali panas menggunakan dapur arang.

Kredit: thehalalfoodblog.com

Jadi, misi mereka tersemat untuk membawa rasa char kuey teow Penang ke KL, tapi dengan sentuhan yang lebih premium dan halal. Kalau di Penang, banyak kedai popular gunakan lemak haiwan dalam masakan. Disebabkan ini, ramai pelanggan beragama Islam tak dapat nak menikmati rasa asli street food di Penang.

Jadi Quackteow nak kekalkan rasa autentik tu, tanpa kompromi dari segi halal.

Mereka turun sendiri ke Penang, kaji teknik masakan – macam mana nak capai rasa wok hei, apa cara penggunaan dan penjagaan kuali yang tepat, dan apa rahsia taugeh kekal rangup walaupun dimasak atas api besar.

Mencipta Char Kuey Teow Lagenda

Char Kuey Teow oleh Quakteow yang menggunakan telur itik dan dimasak dengan arang.

Bukan sekadar rasa Penang, Quackteow tambah elemen tersendiri yang buat mereka tampil unik dari pasaran sedia ada. Pertama, kuey teow yang digunakan bukan yang biasa dijual di pasar. Ia dihasilkan khas oleh pembekal mengikut spesifikasi mereka sendiri – lebih tebal, lebih premium. Jadi, tiada siapa boleh claim kuey teow mereka sama sahaja macam Quackteow punya!

Kedua, mereka tak guna telur ayam biasa. Mereka pilih telur itik. Kenapa? Selain lebih kaya dari segi rasa, telur itik juga terbukti lebih tinggi nutrisi, dan lebih pekat berkrim dari telur ayam (ya, telur ayam kampung sekalipun!).

Ketiga, tak cukup dengan tu, mereka cipta sendiri resepi kicap dan sambal khas yang jadi pelengkap sempurna. Kombinasi kicap dan sambal khas ini memang kaw sehingga mendapat rating 8.8 dari Jason, seorang food reviewer terkenal di Malaysia.

Dan keempat, yang paling istimewa, mereka masak guna dapur arang. Hasilnya? Rasa berasap yang padu dan autentik – sama seperti menikmati street food di Penang.

Beca Mencuri Hati Komuniti TTDI

Sekumpulan peniaga F&B menjual char kuey teow atas beca di tepi jalan TTDI, KL.

Kredit: thehalalfoodblog.com

Untuk masuk ke industri F&B KL yang memang sengit, mereka tahu branding kena padu. Jadi mereka tampil dengan satu idea berani.

Mereka jual char kuey teow atas beca.

Mungkin nampak pelik, tapi itulah tarikan dia. Di tengah-tengah TTDI yang moden, muncul beca dengan dapur arang dan kuali panas. Memang rare sight di KL, dan sambutan dari komuniti sangat luar biasa. Orang ramai berpusu-pusu datang. Suasana jadi riuh. Dan dalam sekelip mata, Quackteow jadi viral.

Banyak liputan media menyusul kerana teruja dengan konsep beca mereka dan Quackteow terus menjadi simbol ikonik street food KL.

Cabaran di Sebalik Asap Arang

Food truck Quackteow menjual char kuay teow telur itik di TTDI, KL.

Tapi sambutan besar ni datang dengan cabaran. Disebabkan guna arang, pelanggan perlu tunggu sehingga 1–2 jam. Untuk makanan street food, tunggu 20 minit pun dah dikira lama, inikan 1-2 jam?

Yob tahu mereka perlu bertindak pantas untuk pastikan pelanggan yang datang tidak kecewa dengan pengalaman mereka menikmati makanan Quacktoew. Jadi, mereka tak tunggu lama untuk cari solusi. Esoknya terus beli blower untuk panaskan arang dengan lebih cepat.

Responsif dan pantas adaptasi ini buat pelanggan makin sayang pada Quackteow. Sekarang, Quackteow sudah berkembang dari beca jalanan ke sebuah food truck dan kedai makan fizikal di food court popular di KL, Rasta TTDI.

Beralih Kepada Sistem Automatik

Simbol ikonik food truck Quackteow menggunakan rubber ducks sebagai nombor giliran pelanggan.

Kredit: Instagram @quackteow.ttdi

Tapi bukan Quackteow lah namanya kalau tak ada sesuatu yang unik.

Kalau pernah makan di Quackteow, mesti ada nampak barisan itik kuning comel atas food truck mereka. Rubber ducks ni bukanlah sekadar hiasan, tapi sebenarnya dulu merupakan nombor giliran pelanggan.

Waktu awal dulu, Quackteow ambil pesanan guna sistem manual. Setiap kali pelanggan order, staf akan catat nama dan nombor telefon mereka atas kertas, siap padankan sekali dengan nombor rubber duck yang dipilih.

Memang comel untuk bergambar – ramai pelanggan suka snap gambar dengan itik kuning tu. Tapi dari sudut operasi, proses ni sangat makan masa. Selepas setiap detail dicatat satu persatu, barulah staf boleh hantar ke dapur untuk mula memasak. Boleh bayangkan betapa renyahnya nak urus bila pelanggan makin ramai.

Tapi Yob tahu dia kena teruskan kumpul data pelanggan. Sebab data pelanggan bukan sekadar nombor – ia kunci untuk bina hubungan jangka panjang. Bila mereka tahu siapa pelanggan mereka, mereka boleh kenal pasti pelanggan setia, beri ganjaran, hantar promosi yang relevan, berhubung semula dengan pelanggan lama, dan buat keputusan bisnes berdasarkan data sebenar, bukan teka-teka sahaja.

Jadi, Yob nekad: kalau nak berkembang, automasi adalah kunci.

Yob, pemilik Quackteow, menggunakan sistem QR Order & Pay dari StoreHub.

Sebab tu sekarang Quackteow gunakan sistem POS dari StoreHub. Dengan QR Order & Pay, setiap kali pelanggan buat pesanan, data akan direkod secara automatik – tanpa perlu pen & kertas, tanpa perlu rubber duck sebagai nombor giliran (walaupun itik tu tetap ada untuk vibe Quackteow!).

Yang dulunya ambil masa dan tenaga, sekarang selesai dalam beberapa klik. Satu perubahan yang kecil dari segi operasi, tapi impaknya besar untuk perjalanan bisnes harian mereka.

Sekarang, seratus peratus fokus boleh diberikan pada servis, rasa, dan pengalaman makan yang padu. Setakat hari ini, Quackteow dah kumpul lebih 40,000 data pelanggan!

Nak tahu macam mana sistem ni bantu Quackteow berkembang? Tonton video di bawah! 👇

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com