Pelanggan tetap adalah kunci kepada kejayaan perniagaan. Hakikatnya, mendapatkan pelanggan baharu boleh menjadi 25 kali lebih mahal berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada. Sebab itulah SMS marketing semakin popular sebagai cara mudah dan berkesan untuk memastikan pelanggan terus kembali ke kedai atau restoran anda.
Dua platform SMS marketing yang sering digunakan oleh pemilik perniagaan di Malaysia ialah StoreHub Engage dan Mulah Rewards. Kedua-duanya membolehkan anda menghantar SMS promosi kepada pelanggan, tetapi dengan cara yang berbeza. Jadi, mana satu yang lebih sesuai untuk bisnes anda? Mari kita lihat perbezaannya.
Apa itu StoreHub Engage?

StoreHub Engage ialah sistem SMS marketing automatik yang membantu anda menghantar mesej promosi yang disasarkan kepada pelanggan. Ia direka khas untuk menarik mereka kembali dengan mengingatkan tentang cashback, menawarkan diskaun, atau memberi promosi khas.
Salah satu kelebihan besar StoreHub Engage ialah ia mempunyai integrasi penuhbersama sistem POS StoreHub. Ini bermakna, setiap kali pelanggan membuat pesanan dalam talian, menggunakan QR Order & Pay, atau menebus cashback, sistem akan kumpul data mereka secara automatik. Anda tak perlu tanya atau minta mereka isi borang secara manual.
StoreHub Engage juga memudahkan anda menjalankan kempen SMS tanpa perlu tulis mesej dari awal. Anda boleh pilih dari pelbagai kempen automatik seperti:
- Cashback Reminders: ingatkan pelanggan tentang cashback mereka supaya mereka kembali berbelanja.
- Birthday Promos: berikan diskaun khas kepada pelanggan yang menyambut hari lahir.
- Win Back Lost Customers: hantar tawaran menarik kepada pelanggan yang sudah lama tidak datang.
- Welcome New Customers: beri promosi khas untuk pembeli pertama kali.
- Custom Campaigns: ada jualan besar atau produk baru? Hantarkan SMS khas kepada pelanggan anda.
Ramai pemilik bisnes yang menggunakan StoreHub Engage telah nampak hasil yang positif. Malah, ada yang berjaya dapat pulangan RM50 untuk setiap RM1 yang mereka belanjakan untuk SMS marketing.
Menurut Jeremy Teoh, pengasas Urban Daybreak, SMS marketing ini sangat berkesan untuk menarik kembali pelanggan yang sudah lama tak datang ke restorannya.
Apa itu Mulah Rewards?
Mulah Rewards pula ialah platform SMS marketing yang berfokus kepada program ganjaran pelanggan. Ia membolehkan perniagaan menghantar SMS promosi dengan tawaran diskaun dan baucar untuk menggalakkan pelanggan datang kembali.
Bezanya dengan StoreHub Engage, Mulah Rewards tidak mempunyai automasi sepenuhnya dan tidak berintegrasi dengan sistem POS. Pelanggan perlu memasukkan maklumat mereka sendiri melalui peranti khas semasa pembayaran, dan perniagaan boleh menggunakan maklumat ini untuk menghantar tawaran SMS kepada mereka.
Perbandingan StoreHub Engage dan Mulah Rewards

Kalau anda masih tertanya-tanya mana yang lebih baik, berikut adalah perbandingan utama antara kedua-duanya:
StoreHub Engage | Mulah Rewards | |
Fungsi Utama | Jalankan SMS marketing secara automatik | Sistem ganjaran melalui SMS |
Harga / Kos | RM990 setahun dengan SMS tanpa had pada harga RM0.15 setiap SMS | RM4,235 setahun dengan 1,500 SMS percuma, dan caj RM0.11 untuk setiap SMS tambahan |
Jenis Kempen | Cashback Reminders Birthday Promotions Win Back Lost Customers Custom Campaigns | Custom campaigns sahaja (berdasarkan sistem ganjaran) |
Integrasi dengan sistem POS | Ya | Tidak |
Pengumpulan Data Pelanggan | QR Order & Pay Takeaway & Pickup Online ordering Cashback | Pelanggan perlu memasukkan maklumat mereka sendiri sebelum mereka dapat menerima SMS promosi |
StoreHub vs Mulah: Bagaimana Data Pelanggan Dikumpul?

Salah satu faktor paling penting dalam SMS marketing ialah cara anda mengumpul data pelanggan.
StoreHub Engage mengautomasikan proses ini sepenuhnya. Setiap kali pelanggan membuat pesanan dalam talian atau melalui QR Order & Pay, maklumat mereka akan disimpan secara automatik dalam sistem. Ini bermakna, anda boleh menghantar SMS promosi tanpa perlu meminta pelanggan mendaftar secara manual.
Sebaliknya, Mulah Rewards memerlukan pelanggan untuk memasukkan nombor telefon mereka sendiri menggunakan peranti khas di kedai anda. Walaupun masih boleh digunakan untuk menghantar promosi, proses ini mungkin kurang efektif kerana tidak semua pelanggan akan mengambil inisiatif untuk mendaftar.
SMS Marketing untuk Meningkatkan Kesetiaan Pelanggan

Keberkesanan SMS marketing bukan sekadar bergantung kepada jumlah mesej yang dihantar, tetapi juga kepada bagaimana dan kepada siapa mesej itu disampaikan.
Dengan integrasi penuh bersama sistem POS StoreHub, StoreHub Engage bukan sahaja menghantar SMS, tetapi juga menyediakan laporan pelanggan yang terperinci. Ini membolehkan anda memahami corak pembelian pelanggan dan menghantar promosi yang lebih relevan berdasarkan minat serta sejarah pembelian mereka.
Sebaliknya, Mulah Rewards lebih berfokus kepada sistem ganjaran tanpa sokongan analitik yang mendalam. Walaupun ia boleh membantu menarik pelanggan kembali, keberkesanannya mungkin lebih perlahan berbanding StoreHub Engage kerana ia tidak menawarkan automasi penuh atau integrasi POS yang dapat memudahkan pengurusan data pelanggan.
Kesimpulan: StoreHub Engage atau Mulah Rewards?

Jika anda sedang mencari sistem SMS marketing yang boleh membantu anda menghantar promosi secara automatik, menyusun kempen yang disasarkan, dan mengumpul data pelanggan dengan mudah, StoreHub Engage adalah pilihan terbaik. Ia lebih lengkap, lebih mudah digunakan, dan memberi hasil yang lebih cepat kerana sistemnya terintegrasi sepenuhnya dengan POS StoreHub.
Sebaliknya, jika anda hanya memerlukan sistem ganjaran pelanggan tanpa keperluan untuk automasi penuh, Mulah Rewards boleh menjadi pilihan yang lebih ringkas. Namun, jika anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih baik daripada pelaburan SMS marketing, StoreHub Engage memberikan lebih banyak kelebihan.
Dengan StoreHub Engage, anda boleh meningkatkan jualan dengan cara yang lebih strategik dan tersusun, memastikan pelanggan anda terus kembali tanpa perlu menguruskan kempen secara manual. Jika anda ingin mencuba SMS marketing yang lebih pintar dan berkesan, StoreHub Engage adalah jawapannya.
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments